Sunday, February 24, 2013

Naikkan Seri dengan Body Serum As Beauty..

Hai!!!!!!! Semua dah lunch ke? Maybe ada yag belum tapi semua dah mandi kan?? Hahahaha.. Bukan ape.. Topik kita hari ni berkaitan dengan mandian..

Korang tau x untuk penjagaan tubuh badan.. selain Spa Soap , As Beauty turut mempunyai Body Serum!! Yup..
body serum ni sesuai sangat untuk :

1. Memperbaiki tona kulit xsekata
2. Membantu mencerahkan kulit
3. Memperbaiki aliran darah
4. Menghilangkan kesan parut dan selulit.

Selain tu, Body Serum ni sesuai juga untuk menaikkan seri!! Haaa.. Kalau korang nak naikkan seri untuk tatapan yang tersayang atau ada yang xlama lagi nk naik pelamin bolehlah mencuba Body Serum nih.. Insya'Allah sedikit sebanyak ia boleh membantu.. Ok, jom baca tips dan cara mandian menggunakan body serum ini yang diperolehi daripada salah seorang pemakai Body Serum..

*************

Body serum...hihihi~~hrni nk share pakai body serum utk mandian~~best sgt2!!mcm nyamann gitu...sng je..lps mandi...titiskn bbrp titis serum dlm air sebaldi n selawat n jiruskn dr kpala ke bdn...wangi & best..mcm mandi bunga gitu...naik seri~~igt pengantin je mandi naik seri..kter hr2 pun leh mandi naik seri tau!!selamat mencuba!!

******

Ok.. Rajin2lah amal ya.. Sebab bukan sekali buat terus menjadi.. Kene berulang kali dan yang penting yakin!! Insya'Allah.. Semoga tips ini dapat membantu menaikkan seri anda sekaligus membuatkan anda lebih berkeyakinan..

Ada sebarang masalah??

Hubungi saya ok!!

FB : najihah sudi
Sms / Whatsapp / Viber : 0175012307

FB : anne ilani
Sms / whatsapp / viber : 0196219659 / 019 9399659


Wednesday, February 20, 2013

Fungsi & Kelebihan Produk Rawatan Muka As Beauty

Saya masih lagi mendapat PM dari beberapa kenalan FB bertanyakan apa itu As Beauty.. ape fungsinye.. apa kelebihan die.. so malam ni , kita santai2.. citer secara am apa itu As Beauty.. fungsi.. dan kelebihannya..

jom baca!!

************************ 

Produk As Beauty adalah ekstrak air dan lumpur dari gunung berapi. Air dari gunung berapi ini mengandungi belerang atau sulfur semulajadi yang sangat membantu dalam mencerahkan kulit dan memudarkan jeragat dan parut jerawat.


Secara keseluruhan As Beauty berfungsi untuk :

  • Meningkatkan metabolisme kulit dengan menjana sel – sel baru
  • Merencatkan proses penuaan
  • Membuang sel - sel mati
  • Mengurangkan garis – garis halus
  • Menegangkan kulit
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Menghilangkan JERAGAT, JERAWAT, BEKAS JERAWAT, BLACKHEAD, WHITEHEAD
  • Mengecilkan pori – pori
  • Menggebukan wajah
  • Menghaluskan kulit
  • Melembutkan kulit
  • Mencerahkan dan Memutihkan Wajah


Antara kelebihan As Beauty adalah:
  • Sesuai utk semua jenis kulit dan semua jantina
  • Tidak mengelupaskan kulit
  • Tidak menyebabkan kulit menjadi nipis
  • Merawat wajah secara semulajadi dalam masa yang pendek (bergantung kepada jenis kulit).
  • Telah DILULUSKAN oleh KKM (nombor KKM : KKM NOT 101102420K)
  • HALAL

Setiap set mengandungi:
  • Vitamin E Soap (menghilangkan sel-sel mati dan kesan parut pada kulit wajah),
  • Day Cream (menghaluskan kulit dan bertindak sbg krim pelindung UV), dan
  • Night Cream (membuang sel-sel mati, noda hitam, parut jerawat, memutih, menggebu dan menghaluskan kulit wajah)

****************************

Pada anda yang ingin mencuba, boleh la hubungi saya, najihah (0175012307 / FB : Najihah Sudi) / Anne (019-6219659 / FB : Ann Ilani) atau hubungi sahaja agen kami ok..


Tuesday, February 19, 2013

Pengguna tegar SK** telah beralih arah..

Hihi.. Tula.. X kenal.. Maka x cinta.. Ye x? Same la macam kes sorang pengguna As beauty nih.. Sekarang die bukan sahaja guna malah siap jual lagi produk As Beauty nih.. Kiranye, as beauty ni dah jadi side income untuk dia.. Alhamdulillah.. Semoga As Beauty dapat membantu menambah lagi pendapatan beliau.. Insya'Allah..

Jom kita sama-sama baca, bagaimana pengguna ni 'terjebak' dengan As Beauty.. Hihi

***********************

Harini nk imbas balik ttg mcmana mula2 tjebak dgn as beauty..hihi...sy ni jenis org yg setia kott..mksd sy if sy pki satu2 produk tu..sy akn pakai dgn sabar..mula2 masa skolah pakai olay..berthn2 pakai olay..smpi matrix..ader full set lg..pastu dh keje..up sikit pakai sk** ...berthn pakai..hadiah hmtrn kawen pn sk**,kt skolah sbmrnya kak rin dh promote2 kt sy..tp takut nk try sbb dh dkt sgt dgn tarikh kawen..jd xbrani..kt skolah tu sy mjd atr org terakhir yg try as beauty..(setia la katakan..) lgpun mcm xpcaya as beauty akn mmberi kelainan pd kulit sy sbb sk** yg agk mahal pun xbrapa bjy..tekstur mmg ok tp nmpk kusam sgt..jd bgntg pd compact dia...if xpki,hilng kyakinan diri..bila try asb ..mula2 rs merenyam kt area bwh dagu..tp lps 2 mggu stat nmpk ksn yg ktara..jeragat dh stat pudar..yg ketara~~huhu..mb xhilng spenuhnya..tp sgt berbeza..jeragat sy genetik..ibu jeragat setepek kt pipi..jd mmg dlm genetikzzz...;( tp as beauty..sgt mbantu sy..n sy lbh cerah...hihihi..best2~~ itula 1st luv sy dgn as beauty....nnt sy tulis lg tau ..kisah2 cinta yg lain..jatuh cinta..jatuh cinta..jatuh cinta..dgn as beauty~~~ hihi

****************

terima kasih atas perkongsian. Memang betul.. As Beauty ni pada saya setanding dengan produk rawatan muka bertaraf antarabangsa kerana kehebatannya dalam merawat masalah - masalah muka..

Ok, kalau korang nk tau lebih pasal produk rawatan muka As Beauty nih, boleh la refer cni ok..

Sunday, February 17, 2013

Soalan yg kerap ditanya oleh pengguna baru As Beauty

Assalamualaikum pada semua..

Tengah lunch ke masing2? Hihi.. Saya baru je nak masak lunch. Waktu pagi memang biasenya saya sibuk menguruskan order pelanggan. Pagi saya packing dan tengah hari saya akan pos. So masak tu mmg lambat sikit. 😜

Oklah, sy bukan nk cerita kisah lunch saya.. Hihi.. Tapi hari ni nk share dengan korang soalan2 yang lazim saya terima daripada para pelanggan terutama yang baru jer menggunakan As Beauty..

Memang raaaaamaiii sangat yang akan mengalami dan menempuhi proses penerimaan & pemulihan ni.. Yelahh.. Selama ni kita banyak guna produk yang berasaskan kimia.. As Beauty ni plak berasaskan bahan semulajadi. Jd die mmg saaaangat sensitif pada produk yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. Tapi proses rawatan ni x lama.. Cuma apa yang perlu korang lakukan ialah BERSABARRRR...

Jom baca apa yang soklan yang sering ditanya..

1. Muka saya jenis yang berminyak/berjerawat, sesuai tak pakai produk ini?
= Insyaallah As Beauty sesuai dengan semua jenis kulit, tapi haruslah diingat, semua dengan izin dari Nya. As Beauty terkenal muka atas muka, anda tak akan meragui keberkesanannya.

2. Kenapa kawan saya pakai tak mengelupas, tapi sy pakai mengelupas dan keluar jerawat kecil2 pula?
= Kulit individu adalah tak sama, ada kesan yang cepat, ada kesan yang lambat. Bergantung pada jenis kulit dan masalah yg dihadapi. Juga kesan daripada penggunaan produk yang terdahulu yang dikhuatiri mengandungi bahan kimia. Tapi tak perlu risau, semua proses ini bersifat sementara. Bagusnya semua kotoran dikeluarkan dari muka, cuma perlu sabar utk seketika.

3. Sy pakai dah 2 minggu tapi rasa pedih n gatal?
= Itulah adalah NORMAL. Proses rawatan sedang berlaku. Pedih tu terjadi akibat pengelupasan halus yang tak nampak oleh mata kasar. Gatal-gatal pula terjadi akibat pengeluaran toksin (proses detox) dan kemungkinan pengguna menghidap resdung.

4. Adakah cara penggunaan saya betul?
=Ya. Soalan ini paling penting. Pastikan anda menggunakan as beauty dengan cara yang betul seperti yang dicatatkan di flyers. Sangat penting utk mengetahui jenis kulit anda sendiri. Jika kulit yang dikategorikan sensitif, memadai pakai nipis dan dibantu dengan air, supaya kulit tak terkejut dan tiada perubahan drastik terjadi.

5. Boleh tak sy pakai foundation/bedak selepas pakai day cream?
= Boleh. Pastikan bedak & foundation yang bersesuaian. Cuma utk peringkat awal rawatan tak digalakkan utk campur dengan produk lain bagi mempercepat dan memudahkan proses rawatan.

6. Wanita hamil boleh pakai tak produk ini?
= Boleh. Produk as beauty tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Bahan asasnya semua dari alam semulajadi. Selamat. Yang kita risaukan hormon yang tak stabil oleh wanita hamil itu sendiri.

InsyaAllah..

Sumber : As Beauty Official Page

Apa yang besssttt sangat mengenai Spa Soap As Beauty??


Hmmm.. Saya memang teruja dengan sabun spa.. Sebab sabun spa ni baaanyak sangat fungsinya.. Sabun spa mempunyai bahan pencerah semulajadi kerana sabun spa ni dihasilkan daripada ekstrak buah - buahan yang kaya dengan vitamin e.

Ini antara fungsi - fungsi sabun spa yang mebelesss :

1. Mengecutkan jerawat badan
2. Mencerahkan kulit
3. Mengurangkan bau badan
4. Memutihkan bahagian-bahagian gelap kat badan terutama di celah-celah & pelipat-pelipat badan
5. Kulit badan lebih berseri
6. Kulit terasa lebihhh halus

Pada yang ada masalah2 kulit memang sesuai sangat pakai sabun spa nih.. Tapi hati - hati ya.. Sabun spa ni hanya pakai kat badan jer. Korang jangan tonyoh kat muka plak.. Sbb sabun badan power sikit daripada sabun muka. Jadi elakkan ya dari pakai kat muka. Jadi pape, den x bertanggungjawab... Hehe..

Ok, kalau berminat nak dapatkan sabun spa ni boleh la contact mana-mana pengedar kat senarai ni eh..

Saturday, February 16, 2013

Eeeeiii.. Buruknya Bekas Jerawat Nih...


Salam.. dah lama sangat saya x post apa2 di blog nih.. hehehe.. Minta maaf ya pada semua. :-)

Oklah.. hari ni nak share dengan korang beberapa petua untuk hilangan bekas jerawat. Petua-petua ni merupakan antara amalan orang lama dan bahan2nya hampir semua terdiri daripada bahan semulajadi. Saya memang suka sangat dengan benda-benda yang semulajadi macam ni sebab ia bebas daripada bahan kimia. Tambahan pula, badan kita memang mudah menyerap bahan-bahan semulajadi.

Bekas jerawat ni antara masalah yang perlu kite selesaikan sesegera yang mungkin sebab kalau muka yang banyak bekas jerawat ni sedikit sebanyak akan buat kita xconfident nak berhadapan dengan orang, ye tak? So kat sini saya akan senaraikan petua2nya.. korang boleh la cuba mana2 yang korang nak.

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.


Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.


Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.


Haaa.. itu adalah beberapa petua yang boleh kita amalkan. Kalau saya, saya cuma tepek krim malam As Beauty setiap malam.. senang.. lagipun, As Beauty ni memang terdiri daripada bahan – bahan alami..

Ok, selamat mencuba tau..