Wednesday, May 2, 2012

KHASIAT TIMUN UNTUK WAJAH


Timun sangat mudah didapati di mana - mana dan juga sangat murah.Tapi tahukah anda, selain dijadikan sebagai ulam ketika menyajikan sesuatu hidangan timun juga mempunyai pelbagai khasiat dalam bidang kecantikan.



Timun banyak mengandung silikon dan fluorin yang bersifat mendinginkan dan menyegarkan serta berfungsi sebagai astringent. Timun mentah mengandungi protein dan karbohidrat serta vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Biji timun pula mengandungi banyak vitamin E dan sangat baik untuk kulit dan dapat mengurangkan kedutan diwajah.


Mari manfaatkan kelebihan yang ada pada timun. Cara penyediaan juga begitu mudah sekali!!


1. Masalah Muka Kusam & Muka Berminyak

Kupas timun kemudian parut, campur dengan sedikit air dan oleskan pada wajah selama 15 minit. Basuh dengan air suam dan lakukan seminggu 2, 3 kali .

2. Menyegarkan & Menghiilangkan Sembab Mata

Mata yang letih akan menjadi segar seketika apabila hirisan timun diletakkan di atas kelopak mata selama 15 minit.

3. Muka Sunburn & Pedih

Kupas timun, parut, kemudian simpan selama 30 minit di dalam peti ais. Setelah itu, oleskan pada wajah dan biar 20 minit. Basuh dengan air paip dan keringkan wajah dengan menepuk - nepuk perlahan menggunakan kain lembut.

4. Membersihkan & Menyegarkan Wajah Serta Menghaluskan Kulit

Buat Masker Timun!!
a)Masker timun dibuat dengan mencampurkan parutan timun dengan sedikit susu segar lalu diblend. Sapukan bahan ini pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit. Setelah itu bilas dengan air suam.
b)
Timun dipotong - potong dan dikisar. Campur dgn 3 sudu yogurt timun. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 45 minit / sejam . Setelah itu bilas dengan air bersih.


Dapatkan Produk As Beauty bagi menyelesaikan masalah muka anda secara semulajadi!!




Untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi kami ok!!

JIHA 0175012307
Call / Sms / Whatsapp / Viber
FB : najihah sudi

ANNE 0196219659 / 019 9399659
Call / Sms / Whatsapp / Viber
FB : anne ilani

atau daripada senarai pengedar kami ya..

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk adalah khas untuk PELANGGAN KAMI sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk sebarang masalah yang timbul, cara pemakaian yang lebih terperinci, tips - tips lain & sebarang konsultasi selepas pembelian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment