Monday, March 25, 2013

19 soalan TOP mengenai As Beauty

1) DARI MANA ASAL PRODUK AS BEAUTY?
Jawapan :
As beauty merupakan produk tempatan. Dihasilkan di negeri kedah.

2) Adakah produk AsBeauty selamat dan halal?
Jawapan:
Ya, As Beauty adalah produk yang halal. Anda akan nampak sticker halal dilekatkan di kotak - kotak produk As Beauty. Tambahan pula, As Beauty adalah campuran bahan semulajadi dan tiada sebarang unsur lemak haiwan. As Beauty juga selamat kerana memperolehi kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Anda boleh periksa di laman sesawang KKM.

3) APA KANDUNGAN AS BEAUTY?
Jawapan :
Ekstrak air dan lumpur gunung berapi (pada kadar yang dibenarkan), lingzhi (cendawan ganoderma), madu, sengkuang, mutiara, sagu , beras dan bahan2 semulajadi yang lain.

4) ADA PENGELUPASAN KE?
Jawapan:
Bergantung pada jenis kulit. Jika ada sekalipun ia hanyalah pengelupasan halus yang bertujuan untuk membuang sel-sel mati. Pengelupasan biasanya berlaku di bahagian muka yang bermasalah. Ketika mencuci muka, anda digalakkan menggunakan span pencuci supaya sambil mencuci, kita juga dapat membuang sel-sel mati tersebut.

5) Muka saya jenis yang berminyak/berjerawat, sesuai tak pakai produk ini?
Jawapan:
Insyaallah As Beauty sesuai dengan semua jenis kulit, tapi haruslah diingat, semua dengan izin dari Nya. As Beauty terkenal muka atas muka, anda tak akan meragui keberkesanannya.

6) Kenapa kawan saya pakai tak mengelupas, tapi sy pakai mengelupas dan keluar jerawat kecil2 pula?
Jawapan:
Kulit individu adalah tak sama, ada kesan yang cepat, ada kesan yang lambat. Bergantung pada jenis kulit dan masalah yg dihadapi. Juga kesan daripada penggunaan produk yang terdahulu yang dikhuatiri mengandungi bahan kimia. Tapi tak perlu risau, semua proses ini bersifat sementara. Bagusnya semua kotoran dikeluarkan dari muka, cuma perlu sabar utk seketika.

7) Adakah cara penggunaan saya betul?
Jawapan:
Ya. Soalan ini paling penting. Pastikan anda menggunakan as beauty dengan cara yang betul seperti yang dicatatkan di flyers. Sangat penting utk mengetahui jenis kulit anda sendiri. Jika kulit yang dikategorikan sensitif, memadai pakai nipis dan dibantu dengan air, supaya kulit tak terkejut dan tiada perubahan drastik terjadi.

8) Boleh tak sy pakai foundation/bedak selepas pakai day cream?
Jawapan:
Boleh. Pastikan bedak & foundation yang bersesuaian. Cuma utk peringkat awal rawatan tak digalakkan utk campur dengan produk lain bagi mempercepat dan memudahkan proses rawatan.

9) APE KESAN SEMENTARA YANG BIASA BERLAKU?
Jawapan:
Muka gatal (esp bile pakai krim malam), panas, muka merah, pengelupasan halus dan ruam halus. Kesan sementara ini pun bergantung pada tahap keseriusan masalah kulit wajah anda. Ade certain just gatal2 sahaja. Lain2 ok.. Gatal - gatal ni biasa berlaku apabila As Baeuty bertindak balas dengan bahan kimia yang tersimpan di dalam kulit akibat penggunaan produk sebelum ni yang kemungkinan mempunyai bahan kimia yang tinggi. Kadang - kadang semasa proses tindak balas ni, akan keluar ruam-ruam halus. Namanya pun kesan sementara jadi memang xlama.. Biasa berlaku dlm tempoh seminggu ke 2 minggu. Kesan sementara ini berlaku akibat daripada proses pembaikpulih wajah yang dilakukan oleh Produk As Beauty. Jadi jangan risau, teruskan sahaja penggunaan As beauty.

10) Sy pakai dah 2 minggu tapi rasa pedih n gatal?
Jawapan:
Itulah adalah NORMAL. Proses rawatan sedang berlaku. Pedih tu terjadi akibat pengelupasan halus yang tak nampak oleh mata kasar. Gatal-gatal pula terjadi akibat pengeluaran toksin (proses detox) dan kemungkinan pengguna menghidap resdung.

11) MUKA MAKIN GATAL &MAKIN PANAS, NAK STOP OR TERUS JER PAKAI ?
Jawapan:
Kalau makin gatal, makin bnyk ruam or makin panas, anda boleh kurangkan pakai krim malam. Boleh di selang-selangkan penggunaannya. Selang 2 atau 3 hari. Tapi penggunaan krim siang dan sabun mesti diteruskan. Krim siang adalah sebagai penapis UV.

12) LEH HILANG KAN JERAWAT?
Jawapan:
Yup, As Beauty sgt berkesan untuk menghilangkan jerawat dan juga bekas2 jerawat. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat yang serius, sedikit masa diperlukan untuk mengurangkan dan menghilangkan jerawat. Tapi jerawat tetap keluar untuk kes-kes tertentu spt apabila anda stress, sebelum dan selepas datang bulan..

13) LEH HILANGKAN JERAGAT?
Jawapan:
Ya, boleh!! As Beauty boleh menghilangkan jeragat.. biasanya jeragat lebih cpt kesannya berbanding jerawat sbb jeragat hanya melibatkan kulit di lapisan atas.. Tapi jika jeragat itu sudah bertahun - tahun, ia akan mengambil sedikit masa. Yang penting, penggunaan as beauty perlulah konsisten..

14) ADAKAH PRODUK AS BEAUTY BOLEH DICAMPUR DENGAN PRODUK LAIN?
Jawapan:
Anda boleh cuba. Itu pun selepas 14 hari anda menggunakan As Beauty sahaja. Jika tiada reaction (muka terasa pedih, perit) maknanya produk itu serasi dengan anda dan juga As Beauty. Ada pelanggan saya yang menggunakan toner sebab sayang nak buang mcm tu jer.. Tapi saya galakkan jangan campur dengan produk lain kerana AS BEauty itu sendiri dah lengkap . Boleh pakai bedak selepas 7 hari. Anda boleh cuba apa-apa jenama bedak (talkum, compact atau two way cake) tapi saya galakkan pakai bedak baby johnson&johnson atau compact johnson&johnson. Jika tiada reaction (muka terasa pedih, perit) maknanya produk itu serasi dengan anda dan juga As Beauty.

15) LEH PAKAI SCRUB?
Jawapan:
Boleh.

16) LEH GI FACIAL?
Jawapan:
Boleh juga tapi selepas menggunakan As Beauty, anda xperlu lagi pergi ke facial. Jimat masa dan wang,kan?

17) LEH X KRIM MALAM TU PAKAI TIME SIANG?
Jawapan :
X Boleh! Sangat - sangat dilarang. Dikhuatiri muka akan rosak apabila terkena cahaya matahari. Saya ada kes, muke pengguna As Beauty seakan terbakar (tompok hitam) apabila pakai krim malam di waktu sianhari. Tapi jika ini blaku, anda perlu pakai krim malam ada waktu malam untuk proses pembaikpulih wajah

18) KALAU MUKA DAH OK, BOLEH X TUKA PRODUK MUKA JENAMA LAIN?
Jawapan:
Boleh, tiada masalah. Jika stop penggunaan dan tukar ke jenama lain tak akan ada efek negative. Tapi saya yakin anda akan rase perbezaannya. Kemungkinan muka anda akan kembali kusam dan seperti sebelum ini memandangkan wajah anda tidak dirawat sepertimana yang dilakukan oleh As Beauty.

19) Wanita hamil boleh pakai tak produk ini?
Jawapan:
Boleh. Produk as beauty tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Bahan asasnya semua dari alam semulajadi. Selamat. Yang kita risaukan hormon yang tak stabil oleh wanita hamil itu sendiri.



No comments:

Post a Comment