Saturday, March 9, 2013

As Beauty bebas HYDROQUINONE

As salam pada gojes2 yang sedang membaca blog saya sekarang nih. Semoga korang sentiasa sihat dan menten cun selalu.. Hik hik hik

Topik yg saya nk sembang hari ni adalah mengenai HYDROQUINONE. Yup, HYDROQUINONE biase terdapat dalam hampir semua produk kosmetik. HYDROQUINONE ialah sejenis bahan kimia yang berbahaya dan boleh dikatakan sebagai 'agen pemutih' . Tapi dalam rangkaian produk As Beauty, ternyata ia bebas drpd HYDROQUINONE. As beauty merupakan rangkaian produk rawatan muka yang dihasilkan daripada sumber alam semulajadi.

APAKAH ITU HYDROQUINONE?

Hydroquinone adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquione adalah untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnya hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.

Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.

KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE SELEPAS MENGGUNAKANNYA

- Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.

- Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.

- Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.

- Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.

- Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.

- Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.

Alhamdulillah untuk produk As Beauty, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan telah mengesahkan bahawa Produk As Beauty bebas daripada HYDROQUINONE..

Jadi pada yang telah memilih As Beauty, yakinlah anda telah memilih produk yang betul dan pada anda yang baru hendak mencuba produk rawatan muka As Beauty, janganlah ragu - ragu.. Mulakan sekarang!!

Ok korang. Kalau berminat nk tau lebih.. boleh hubungi kami Anne @ 0196219659 atau Jiha @ 0175012307.. atau daripada mana – mana senarai pengedar kami ya..

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk adalah khas untuk PELANGGAN KAMI sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk sebarang masalah yang timbul, cara pemakaian yang lebih terperinci, tips - tips lain & sebarang konsultasi selepas pembelian. Terima kasih.


1 comment:

  1. http://portal.bpfk.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=52&action=view&retrieveid=368

    boleh terangkan? saya mula ragu-ragu untuk guna produk ini sekarang.. =(

    ReplyDelete